Friday, August 7, 2009

Tahniah @ Takziah


  1. Hidup umpama roda. Benar. Sekali roda berputar, sekali kita berubah. Buat yang di atas, itu bukan zon selesa; yang dibawah juga bukan zon sengsara. Kerna, yang di atas bukan hanya sekadar menjenguk yang bawah; untuk memastikan yang dibawah mendapat haknya, yang di atas juga diperhati teliti oleh zat Maha Tinggi yang meletakkan amanah ini pada yang di atas. Sewajarnya, yang di atas perlu lebih gayat diperhati dari memerhati.
  2. Taklifan ini bukan tasyrifan. Saya suka ayat ini. Namun, saya lebih suka ayat ini dihembus, dilagukan atau dihujah pada saya jika saya terpandu oleh dorong ambisi, oleh anda semua.
  3. Kini, saya juga bakal dijadikan bahan polemik legasi panjang dalam mencari keseimbngan dalam 3J. Jami'ah, Jami'yah dan Jami'. Moga dengan kuantiti kualiti yang sedikit ini, mampu mencari formulanya.
  4. Jika berperang berada di saf hadapan, risiko bahaya lebih tinggi. Secara peribadi tiga risiko besar saya menerima amanah ini:
  • Dek kerana saya bukan pemegang rekod kesihatan yang baik, risiko untuk cedera lebih tinggi dari yang jitu jasadnya.
  • Saya masih dalam kategori 'kanyar'. Masih banyak lompang yang belum sempat ditampung.
  • Rujuk pada yang atas. :>

*Ribuan terima kasih pada warga Muzallat atas hidangan lazat terutama kerabu 'Arabnya'. Terima kasih daun keladi, kalau ada rezeki jemput lagi.