Wednesday, May 13, 2009

Pasca Imtihan:Siri Pertama

Rali Imtihan di Lembah Nil rancak berlangsung. Maahad Qiraat Shoubra menjadi pemula baton pertama memulakannya dan menamatkannya. Berikut adalah siri awal ulasan usai Imtihan Dur Awal Maahad Qiraat Shoubra.

PASCA IMTIHAN DUR AWAL:SENARIO PRA PENGUNGUMAN KEPUTUSAN

1. Senario Imtihan tahun ini sama sekali berlainan dengan yang sebelumya. Menurut sumber yang boleh dipercayai pihak Maahad Qiraat Shoubra akan lebih memberi tumpuan pada Imtihan Tahriri [Writing Test] berbanding Syafawi [Oral Test].It’s mean peluang mahasiswa Shoubra @ Mansurah untuk rasib [gagal] dalam Imtihan Syafawi adalah rendah. Sebabnya rahsia. Tapi saya percaya ramai warga Shoubra yang mengetahuinya.

2. Malah ketika mana saya berdebar menunggu giliran untuk Imtihan Syafawi, ada sumber yang sangat boleh dipercayai memberitahu saya bahawa SEMUA MAHASISWA TAHUN DUA LULUS DALAM IMTIHAN SYAFAWI.

3. Jika dakwaan ini salah dikala hari, maafkan saya dan sumber saya. Saya tidak memaksa anda untuk meyakini ia. Ia hanyalah sekadar jangkaan. Jika anda meyakini saya dan sumber saya terus ke nombor seterusnya. Jika tidak, langkau ke nombor lima.

4. Agak mengerikan,namun sebagai kesimpulan awal, ramai mahasiswa akan sangkut dalam madah[subjek] Tahriri berbanding Syafawi.

5. Saya menjangkakan bilangan ‘sofi’ [Lulus semua madah pada Dur Awal] tahun ini akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Saya berharap saya tergolong daripadanya. Walau terlalu optimistik, namun saya tetap berserah pada ketentuan-Nya. Rujuk Al-Baqarah:216.

6. I’m predict,not speculate. Knows the difference.

7. Wassalam.

Thursday, April 9, 2009

Bila April

A
Afaf Zawani binti Ahmad Zaki.
Birthday girl tanggal 24.





P
Priceless.
Perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup. Khatam hafalan 30 juzuk. Tanggal Subuh 10.


R
Rahsia.
Biarlah Rahsia.


I
Imtihan Dur Awal.

22-23
Syafawi [Quran,Qiraat,Matan]
2 Mei
Qiraat Ilmi
5 Mei
Rasm Quran
9 Mei
Ulum Quran
10 Mei
Al Quran Tahriri&Fawasil

Mungkinkah diheret ke Dur Thani?


L
Langgar.
Pabila derhaka,mengundang bencana.
Mangsa langgar lari. Menjadi tetamu Hospital Besar Alor Star dua bulan.

Tuesday, April 7, 2009

Hidup yang 'Hidup'

Allah itu mengurnia hidup pada kita.
Malah,
Allah juga meng'hidup' hidup pada kita.
Maha suci Allah.



Allah meng'hidup' hidup kita dengan ujian.
Sedari helaan nafas pertama hingga hembusan akhirnya, ujian menghidupkan hidup kita.

Walau anda semulia Muhammad s.a.w. atau sezalim Firaun laknatullah.

Jangan cuba untuk menjahui, semakin dekat ia menghampiri.


Kerna,ujian itu bahagian dari kehidupan.

Ujian menyaring hati-hati suci ke darjat atasnya.

Ujian selalunya menghasilkan natijah nan indah.


Habibullah Muhammad s.a.w. dipalit warna derita sebelum dijemput bahagia di Madinah.

13 tahun lamanya.

Namun, doanya tak pernah putus, imannya tetap utuh.


Yusuf alaih salam dihumban jauh dalam perigi untuk diangkat sebagai menteri.

Di akhirnya, bersua juga dengan pengakhiran yang dicita.



Semakin anda disapa ujian, semakin anda dikagum Tuhan.

Jika, sabar menggunung bak Nuh alaih salam.

Jika, redha semantap Ayyub alaih salam.

Jika, tawakkal seteguh Ismail alaih salam.


Maha suci Allah.

Membekal ummat Muhammad s.a.w dengan sebaik-baik ibrah.

Penghidupan hidup juang para anbia’ punya atitud tersendiri.

Punyai signifikan agung untuk diteladani.



Ya Rabb!

Berikanlah kami kejayaan dalam deen ini.

Golongkanlah kami dalam golong najiheen.

Mudahkanlah segala penghidupan hidup yang Engkau takdirakan pada Kami.


Saturday, March 7, 2009

Mari belajar Bahasa Ammiah Mesir.


غداء

(gada')

حلوة
(helwah)

مائة مائة
(miyah-miyah)

يا سلام
(ya salam)

Aksara-aksara di atas merupakan sebahagian dari untaian ekspresi spontan yang terpacul dek kerana ta'ajub, kagum, dan teruja.

Perlaksanaanya tidak terbatas pada situasi mahupun randik masa.

Contoh situasi penggunaannya seperti berikut:


gada'
atas keteguhan prinsip.

helwah.
kita masih punya anak bangsa yang celik mindanya.


miah-miah.
demi kelangsungan bahasa.


ya salam.
keranda bernombor!
dapatkan di pasaran sekarang.

Tiada nodanya mengusai banyak bahasa.
Namun,
Jangan dikafankan warisan ibunda.

___________________________________________________________________
Pada satria bahasa,
Pada ulama' tercinta,
Pada gedebe bijaksana,
Pada marhean jelata,

ALF MABRUK!
070309

*sumber gambar dari mstar,utusan,malaysiakini,ajlaaizwan,faisal tehrani.