Monday, February 9, 2009
sendu-sendan
Namun,
Seingat saya sudah empat kali ia tumpah di bumi anbia.
Pertama.
Kisah kematian anak seorang tahanan ISA. Bukan kematian anak itu yang ditangisi, tapi meneliti renyahnya proses si ayah untuk menghantar pulang sang puteri bertemu Rabbi.
Kedua
Musim Haji. Secara spontan mengalir selepas membaca frasa ini ; "Saya rasa seperti dilahirkan semula."-Kosmo.
Ketiga
GAZA. Tidak perlu ulasan lanjut
Terkini
Setelah menatap satu video dari Malaysiakini.tv.
Usah ditanya mengapa.
Klik sini.
Tapi,
Curahan air mata saya tidak lagi tumpah di tikar sejadah.
"Betapa ku mengharap".
Tuesday, January 20, 2009
Skrip Sang Pencipta
Jujur.
Penanti sekuel.
Mengharap trilogi.
Memburu soundtrack.
Penagih tiket semusim.
That's not my type.
Sekali lagi ditegaskan.
Namun,masih upaya mengerti fundamental filem.
Plot,skop,klimaks,sinopsis,genre,mesej.
Masih ada pertimbangan untuk menilai sesebuah filem.
Walau tidak sempurna.
Biar filem itu sarat adegan tari menari.
Seperti Bollywood.
Atau
Basah dengan tangisan syahdu
Banyak pada K-Movie.
Apatah lagi pada filem kebanyakan(Baca Hollywood)
Fundamentalnya masih jelas pada sorotan jahil filem seperti saya.
Pedulikan semua ini!
Saya lebih berminat untuk menilai filem buatan anak wayang kita.
Terutamnya yang menyelitkan unsur Islam.
Pada sebarang skala.
Secara nyata,majoriti filem kita terselit juga unsur ini.
Walau Islam itu tertampal pada hiasan dinding.(Pada kadar minimum)
Disusuri secara kasar, Islam yang dijadikan subjek penceritaan yang diselit hanya tidak lebih sebagai bahan picisan.
Hanya sebagai bukti bahwa si pengarah juga peduli pada Islam.Walau selalunya Islam itu dibiaskan pada filemnya pada sudut yang salah.
Sudut yang tidak dianjurkan oleh Islam sendiri.
Islam tak lebih hanya dicari ketika sesi akad nikah,
hanya tika dirasuk hantu,
hanya pabila nyawa itu disentap,
ketika alternatif lain sudah tiada.
Islam hanya diwatakkan pada yang jumud akalnya,lemah tindaknya,kurang skripnya.
Hanya terpamer sebagai satu bahan komiditi yang diniagakan mengikut selera watak.
Malah,
Sebagai bahan jenaka.
Sebagai terlalu liberal mencetusakan gubra dalam masyarakat
Inilah wajah filem kita.Wajah yang dihadam oleh marhean.
Tika mana penerbit berbangga dengan kutipan box officenya,
Sang pelakon gembira dengan populariti yang ditempa,
Lapisan khalayak merasa berbaloi dengan apa yang dicerita,
Mereka lupa.
Pada sepotong skrip authentic yang dikarang Sang Pencipta.
Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. (Luqman:6)
I'm deeply concern.
________________________________________________________
{Ini tidak bermakna kepedulian saya dibatasi pada filem sahaja,malah yang seangkatannya}
Tuesday, December 30, 2008
senjata balas
اللهم يا حي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام يا ودود يا ذا العرش المجيد يا فعال لما يريد نسألك اللهم بأسمائك الحسنى وصفاتك العلى واسمك الأعظم يا منشئ السحاب يا منزل الكتاب يا هازم الأحزاب ..اهزم الطغاة المجرمين من اليهود والنصارى الذين يريدون أن يعثوا فسادا في اجسادهؤلاء المسلمين ..
وانصر المسلمين والمجاهدين عليهم..اللهم انصرنا عليهم في كل مكان..اللهم أرنا فيهم عجائب قدرتك .. اللهم أحصهم عددا واقتلهم بددا ولا تغادر منهم أحدا..اللهم اجعلهم غنيمة للمسلمين..اللهم اجعل سلاحهم في صدورهم وكيدهم في نحورهم وتدبيرهم تدميرا لهم...
اللهم أنزل بهم بأسك وبطشك ورجزك وعقابك وأليم عذابك.. اللهم لا ترفع لهم راية واجعلهم لمن خلفهم آية..اللهم إن زرعهم قد دنا حصاده فهيئ لهم يدا من الحق حاصدة تحصد جذوره وتستأصل شروره..
اللهم أهلكهم كما أهلكت إرم وعاد ... اللهم صب عليهم سوط عذاب فإنهم أفسدوا في البلاد وقتلوا العباد.. اللهم إنهم لا يرجون لك وقارا.. اللهم إنهم يصفونك بما أنت منزه عنه، سبحانك اللهم عما يقولن علوا كبيرا.. سبحانك اللهم وتعاليت عما يقولون علوا كبيرا...
اللهم اشف صدورنا منهم..اللهم عذبهم واجعل قتلهم على أيدي المسلمين ..اللهم سلط النصارى على اليهود واليهود على النصارى وأهلك الظالمين بالظالمين وأخرج أمة محمد من بينهم سالمين..
اللهم ارحم المسلمين من المستضعفين .. اللهم آمن روعاتهم واستر عوراتهم واحفظ ذرياتهم وارحم ثكالاهم واحفظ أياماهم واجعل أطفالهم شفعاء وقتلاهم شهداء،.. اللهم أقم على الحق دولتهم واجمع على التوحيد كلمتهم .. اللهم انصرهم.. اللهم انصرهم..اللهم انصرهم..
اللهم اجعل الملائكة تعينهم..اللهم سدد رميهم .. اللهم سدد رصاصهم...اللهم اجعل سلاحهم غنيمة في أيدي المسلمين...اللهم افتح أبواب الجهاد في كل مكان .. اللهم ارزق المسلمين أبواباً إلى الجهاد في كل مكان ..يا ربالعالمين .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. ياحي ياقيوم برحمتك نستغيث .. سبحانك ربنا عز جارك، وجل ثناؤك، وتقدست أسماؤك، سبحانك وبحمدك، لا يهزم جندك، ولا يخلف وعدك، يا حي يا قيوم، ياذا الجلال والإكرام.
اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا، اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق، اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا،
اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق.
اللهم منزل الكتاب، ومجري السحاب، وهازم الأحزاب، اهزم اليهود الغاصبين المحتلين، وزلزلهم. اللهم خالف بين قلوبهم، وفرق جمعهم، وشتت شملهم، وزلزل أقدامهم، وأنزل بهم بأسك الذي لا يرد عن القوم المجرمين. اللهم إنا نجعلك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم.
اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين . اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين .
اللهم كن لهم مؤيداً ونصيراً، ومعيناً وظهيراً. اللهم إنهم حفاة فاحملهم، وضعفة فقوهم. اللهم ارحم ضعفهم، واجبر كسرهم، وقوي عزائمهم، واحفظ عليهم دينهم، واجمع كلمتهم، ووحد صفوفهم.
اللهم أنت المرتجى؛ لا ملجى إلا إليك. اللهم إنا نسألك لهم فرجاً عاجلاً، ونصراً مؤزراً. اللهم لقد مسهم الضر.
اللهم فاكشف عنهم هذه الغمة، واكشف الغمة عن إخواننا المسلمين وفي كل مكان. اللهم انصر إخواننا المجاهدين في سبيلك في كل مكان. اللهم انصرهم في لبنان وفلسطين والعراق وفي كل مكان يا رب العالمين.
اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم من أرادنا بسوء فأشغله بنفسه واجعل كيده في نحره.
اللهم صلي وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. سبحان ربك رب العزة عما يصفون، وسلام على المرسلين، والحمد لله رب العالمين
{Qunut nazilah di atas dipetik dari www.zaharuddin.net}
Monday, December 29, 2008
membongkar istilah!!
Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. Di Negara-negara Arab, rata-rata penduduk Arab juga termasuk Eropah mengambil pendekatan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke Gaza. Menurut sumber, 30 tempat di Gaza menjadi sasaran serangan udara Israel, terbaru kemungkinan akan berlaku serangan darat. Gaza bakal seperti Iraq, Afghanistan? Ketika msg ini ditulis, Gaza masih diserang Israel. 28/12/08, 12.08 tengahari(waktu Mesir)
Ini pula beberapa minit yang lepas
Menurut sumber dari tentera Israel, mereka telah menyerang 300 tempat dan kawasan yang ada kaitan dengan HAMAS di Gaza. Sementara itu, kereta kebal dan bulldozer Israel telah dikumpulkan berdekatan dengan pertengahan Semenanjung Gaza, sebanyak 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga menanti arahan untuk serangan darat. 28/12/08
Saya terkedu.Hilang kata-kata.
Sesungguhnya akal saya sudah hilang upayanya bagi mencari kalimah sesuai untuk meterjemahkan kedahsyatan peristiwa yang dicetus suatu bangsa yang sifat durjananya sudah mencapai maha klimaksnya.
(Ayat di atas belum cukup kuat untuk menggambarkan perasaan saya.)
Belum pun gocakan hati mulai tenang damai,saya kembali terbakar membaca berita ini.
Belum pun sempat otak saya mengembali upayanya,saya terpaksa sekali secara terpaksa memikirkan istilah baru untuk kaum ini .
(betapa bernilai sepapan panadol pada waktu ini)
Saya sudah tidak sanggup untuk menyaksikan episod seterusnya.
Saya sudah tiada upaya untuk menaip perenggan seterusnya.
_________________________________________________________________
*Jutaan terima kasih pada sahabat/sahabiah yang tanpa jemu menghantar YM terkini tentang peristiwa ini.Saya amat menghargainya