Tuesday, January 20, 2009

Skrip Sang Pencipta

Saya bukan seorang movie addicted.
Jujur.

Penanti sekuel.
Mengharap trilogi.
Memburu soundtrack.
Penagih tiket semusim.

That's not my type.
Sekali lagi ditegaskan.

Namun,masih upaya mengerti fundamental filem.
Plot,skop,klimaks,sinopsis,genre,mesej.

Masih ada pertimbangan untuk menilai sesebuah filem.
Walau tidak sempurna.

Biar filem itu sarat adegan tari menari.
Seperti Bollywood.
Atau
Basah dengan tangisan syahdu
Banyak pada K-Movie.

Apatah lagi pada filem kebanyakan(Baca Hollywood)

Fundamentalnya masih jelas pada sorotan jahil filem seperti saya.
Pedulikan semua ini!

Saya lebih berminat untuk menilai filem buatan anak wayang kita.
Terutamnya yang menyelitkan unsur Islam.
Pada sebarang skala.

Secara nyata,majoriti filem kita terselit juga unsur ini.
Walau Islam itu tertampal pada hiasan dinding.(Pada kadar minimum)

Disusuri secara kasar, Islam yang dijadikan subjek penceritaan yang diselit hanya tidak lebih sebagai bahan picisan.

Hanya sebagai bukti bahwa si pengarah juga peduli pada Islam.Walau selalunya Islam itu dibiaskan pada filemnya pada sudut yang salah.
Sudut yang tidak dianjurkan oleh Islam sendiri.

Islam tak lebih hanya dicari ketika sesi akad nikah,
hanya tika dirasuk hantu,
hanya pabila nyawa itu disentap,
ketika alternatif lain sudah tiada.

Islam hanya diwatakkan pada yang jumud akalnya,lemah tindaknya,kurang skripnya.
Hanya terpamer sebagai satu bahan komiditi yang diniagakan mengikut selera watak.
Malah,
Sebagai bahan jenaka.
Sebagai terlalu liberal mencetusakan gubra dalam masyarakat

Inilah wajah filem kita.Wajah yang dihadam oleh marhean.

Tika mana penerbit berbangga dengan kutipan box officenya,
Sang pelakon gembira dengan populariti yang ditempa,
Lapisan khalayak merasa berbaloi dengan apa yang dicerita,
Mereka lupa.
Pada sepotong skrip authentic yang dikarang Sang Pencipta.

Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan;

merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. (Luqman:6)


I'm deeply concern.


________________________________________________________
{Ini tidak bermakna kepedulian saya dibatasi pada filem sahaja,malah yang seangkatannya}