Wednesday, October 23, 2013

Menyikapi Pluaralisme : Siddiq Fadzil


Tuesday, October 22, 2013

Mekah Sebagai Pusat Intelektual: Hubungan Hijaz dan Nusantara


Mengenang Pak Natsir


Wednesday, August 21, 2013

Ploutrakhos

Ahmad 'Afif Zuhdi
'Di dalam sejarah terdapat kota tanpa benteng, kota tanpa bangunan, kota tanpa sekolah, tetapi tidak terdapat sama sekali kota tanpa rumah ibadat' - Ploutrakhos

Maka tindakan membinasa, memusnah, menghapus mana-mana rumah ibadat akibat kerosakan dalaman jiwa; dendam, amarah dan seumpamanya tidak hanya menghancur diri pelakunya sahaja bahkan membinasa peradaban dan tamadun manusia seluruhnya

Monday, August 12, 2013

Aidilfitri & Kemampuan Manusia Mengendalikan Mesin

Ahmad 'Afif Zuhdi
Antara ciri kewujudan dunia moden ditandai dengan kemampuan manusia mencipta alatan, mesin dan jentera yang dipercayai mampu memudah dan meningkatkan kualiti hidup manusia.

Di dalam pandangan Al-Quran, walaupun penerokaan jauh manusia dalam sains dan teknologi; memungkinkan manusia melakukan penerokaan ke atas cakerawala, mengakaji tabiat alam, membolehkan pelbagai eksperimen dilakukan, Al-Quran masih lagi mengekalkan manusia sebagai mauduk utama perbicaraan.

Beberapa misal dalam Al-Quran, yang menampilkan kemampuan manusia mengguna alatan, memerikan kenyataan bahawa insan dengan ketimbang akal dan budinya akan menentukan manfaat dan mudharat terhadap manusia sendiri.

Kisah wanita-wanita zaman Nabi Yusuf a.s yang menggunakan alatan pisau untuk melukakan tangan mereka sendiri adalah bukti sebuah kemudharat kecil apabila manusia dibiarkan menggunakan alatan tanpa perhitungan akal dan jiwa yang baik.

Sebaliknya jawapan Nabi Musa a.s kepada Allah akan penggunaan tongkatnya "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".

Jawapan ini lahir dari sebuah kejujuran akan sebuah manfaat baik hasil penggunaan yang tepat sebuah alatan (tongkat). Kejujuran daripada manusia yang sedar akan hakikat sesebuah alatan akan membuahkan kesyukuran, tanda terima kasih tertinggi kepada Tuhan yang menganugerahkan dan kemampuan mengendalikan alatan.

(Sedikit catatan kelmarin hari semasa menyaksikan manusia mengendalikan sebuah alatan bermotor bernama kereta yang terperangkap dalam sebuah kesesakan demi meraikan sebuah perayaan)

Tuesday, August 6, 2013

The Greater and Lesser Jihad

Ahmad 'Afif Zuhdi
“The greater jihad is fighting one’s animal tendencies. It is internal than external: striving in the path of God to overcome one’s animal side. Man shares with animals certain characteristics which, if let loose, make him a very dangerous beast. To bring these passion under control, that is what jihad means. Man has a tendency to overestimate himslef - and to underestimate his spiritual potential. He has tendency to control and expolit his environment and other human being. Jihad is essential against such tendencies

The lesser jihad- fighting on behalf of the community, in its defense – is a duty incumbent on a Muslim provided he is attacked. A man has the right to defend his life, his propety and he has to organize himself along these lines. Of course, one can produce incidents in history and ask whether in fact the principle of self-defense applies. It is true that Muslim have waged wars, wars of conquest , wars in the ordinary scene, often not at all related to religion or faith. But this indicates that some Muslim have not exercised the Greater Jihad. ”

Yusuf Ibish
 

Saturday, August 3, 2013

Kenapa 'buka' 'puasa' ?

Ahmad 'Afif Zuhdi
Bersama rakan-rakan berbincang soal penggunaan kalimah dalam Bahasa Melayu dalam menta'rifkan kalimah iftar; buka puasa. Iftar dirujuk kepada suatu masa khas bagi peralihan antara dua titik waktu, antara berakhirnya waktu berlapar dan bermulanya waktu makan yang diizinkan.

Perbincangan dilanjutkan kepada soal mengapa kalimah 'buka' dipadankan 'puasa' sebagai terjemahan popluar kepada iftar dan menjadi satu-satunya terjemahan tunggal kepada kalimah iftar dalam Bahasa Melayu (pada pendapat kami tiada kalimah lain yang digunakan secara meluas selain buka puasa, bersekali dengan imbuhannya seperti ber-buka dan selainnya).

Kalimah 'buka' jika difahami dalam rangka 'untuk masuk' adalah kata yang dijalinkan dengan penuh adab dan ketertiban berbanding pecah masuk, rompak, serbu, rempuh dan ceroboh. 'Buka' juga bersangkutan terus untuk sebuah upaya dan usaha untuk mencapai tujuan akhir yang dihajati.

Kalimah 'buka' dalam pengertian 'membuka sesuatu yang tertutup' adalah rantaian kata murni berbanding tanggal, cabut, londeh, selongkar, selerak. Sesudah membuka yang tertutup, terhijab, seterusnya pembukaan ini melorongkannya kepada jalan tepat dan benar dengan menjadikannya dapat diketahui, agar dibimbing untuk beroleh akibat di hujung perjalanan.

Perkataan 'buka' juga adalah lambang kesukarelaan, tindakan yang dilakukan dengan penuh dengan kesedaran dan pertanggungjawaban yang dipikulnya, bukan keterpaksaan dan keterikatan yang tidak direlakan (hati terbuka).

Bersabda Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w "Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, ketika bertemu Allah."

Hadith ini hadir dalam bentuk pembuktian yang amat kukuh bahawa, 'buka' amat terkait rapat dengan kata kunci lain; 'adab, kesedaran, pertanggungjawaban, usaha, benar dan pengakhiran'

Maka kami membuat kesimpulan, 'buka puasa' memberi makna kelakuan pelakunya dengan penuh kesedaran akan titik peralihan masa yang mengizinkannya mengakhiri puasa pada waktunya dengan penuh adab menuju kebahagiaan hakiki pada Tuhan di hujung perjalanan.

Wallahua'lam

Ramadhan dalam Ogos, Ogos dalam Ramadhan

Ahmad 'Afif Zuhdi
Apa pengajaran Tuhan kepada umat Malaysia apabila melalukan Ogos dalam Ramadhan dan vice versa sejak dua musim lalu

Objektif Ramadhan adalah taqwa seperti yang diperakui Al-Quran, manakala Ogos mengheret ma'na kemerdekaan di dalamnya. Di manakah titik temu Ramadhan-Ogos , ketaqwaan-kemerdekaan?

Muttaqin adalah kelompok manusia yang god-conscious, mewaspadai kehadiran Tuhan dan merasa aman dalam lindungan Tuhan, sehingga melayakkan ia bebas dari kekangan bertindak, menilai, berfikir, di bawah pengaruh makhluk yang berkecenderungan untuk meletakkan tekanan yang tidak 'adil sesama makhluk .

Hamba yang memberi kebebasan dan kemerdekaan kepada Tuhan, adalah hamba yang progresif, aktif dan berjiwa merdeka. Tindakannya hanyalah untuk diperakukan di sisi Tuhan, pemikirannya dikosongkan untuk limpahan Nur Tuhan, dan hanya Tuhan sahaja yang layak memberi penilaian kepadanya.

Pesan HAMKA,' Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-benda dan kedudukan yang tinggi'

Jumaat dalam Ramadhan, kita dipesan dua kali taqwa


Ahmad 'Afif Zuhdi
Benar, ada indahnya pada bulan yang dikeranakan misi taqwa, Muslimin diingatkan sekali lagi lewat khutbah, agar menyegarkan tuntutan taqwa.

Jika kita menghayati ayat Quran yang kerap dipetik sang khatib ayat 102 Ali Imran itu (rujuk Ali Imran 102-115) , pertalian taqwa disarankan Al Quran untuk menjadi asas kepada pembentukan masyrakat Muslim yang utuh, kuat dan berdaya saing. Taqwa dianjur menjadi tali pengikat, tali pengikat istimewa daripada Allah kepada seluruh komuniti sehingga melahirkan sebuah kelompok yang begitu peduli dan menginsafi keperluan dan kepincangan ummat. Misi suci ini diikat pada frasa agung 'amar ma' ruf nahi munkar'

Misi agung ini pabila terlaksana, mengangkat martabat mulia umat diiktiraf 'khaira ummah'. Iktiraf ini sebegitu berharga hinggakan Saidina Umar r. a mengekslusifkan gelar ini pada zaman Sahabi sahaja, menyedari bahawa pundakan 'amar makruf nahi mungkar' dilaksana penuh sukses oleh mereka.

'Khaira ummah' adalah sebuah simbol umat yang bertamadun, bermaruah , punya harga diri tinggi hinggakan berjaya melenyapkan gugatan, kekeliruan, kepincangan yang ditimbulkan oleh Ahlul Kitab.

Dilondehkan segala tipu daya, muslihat jahat agar nantinya 'khaira ummah' berjaya tampil unggul sebagai masyarakat Muslim yang diberkahi di dunia dan akhirat nanti, wajah suci mereka akan tampil bercahaya, berada dalam rahmat, syurga abadi.

Bukankah di hujung Ramadhan kita diseru untuk meminta pelepasan dari neraka langsung memperoleh syurganya?