Ahmad 'Afif Zuhdi22 hours ago
Antara ciri kewujudan dunia moden ditandai dengan kemampuan manusia mencipta alatan, mesin dan jentera yang dipercayai mampu memudah dan meningkatkan kualiti hidup manusia.
Di dalam pandangan Al-Quran, walaupun penerokaan jauh manusia dalam sains dan teknologi; memungkinkan manusia melakukan penerokaan ke atas cakerawala, mengakaji tabiat alam, membolehkan pelbagai eksperimen dilakukan, Al-Quran masih lagi mengekalkan manusia sebagai mauduk utama perbicaraan.
Beberapa misal dalam Al-Quran, yang menampilkan kemampuan manusia mengguna alatan, memerikan kenyataan bahawa insan dengan ketimbang akal dan budinya akan menentukan manfaat dan mudharat terhadap manusia sendiri.
Kisah wanita-wanita zaman Nabi Yusuf a.s yang menggunakan alatan pisau untuk melukakan tangan mereka sendiri adalah bukti sebuah kemudharat kecil apabila manusia dibiarkan menggunakan alatan tanpa perhitungan akal dan jiwa yang baik.
Sebaliknya jawapan Nabi Musa a.s kepada Allah akan penggunaan tongkatnya "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
Jawapan ini lahir dari sebuah kejujuran akan sebuah manfaat baik hasil penggunaan yang tepat sebuah alatan (tongkat). Kejujuran daripada manusia yang sedar akan hakikat sesebuah alatan akan membuahkan kesyukuran, tanda terima kasih tertinggi kepada Tuhan yang menganugerahkan dan kemampuan mengendalikan alatan.
(Sedikit catatan kelmarin hari semasa menyaksikan manusia mengendalikan sebuah alatan bermotor bernama kereta yang terperangkap dalam sebuah kesesakan demi meraikan sebuah perayaan) Powered by socialditto 8 likes · 0 comments

No comments:
Post a Comment