- Firman Allah Taala yang bermaksud "Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" 156 : Al Baqarah.
- Sebaik mengetahui kebakaran yang menimpa Maahad Qiraat Al Azhar Amal Aimy Dzalifah, pantas diucap Innalillah wa innal ilaihi raji'un. Sungguh tidak disangka, namun perancanganNya mengatasi segala.
- Selama hampir empat tahun, bermula dari bertatih membaca Al Quran hingga mengenggam Diploma Qiraat, bumi ini tidak tidak mungkin akan dilupakan selamanya. Hanya doa mampu dikirm dari jauh.
- Takziah kepada Mudir Maahad, Syeikh Mohamad Rodhi Abd Rahman, Doktor Amira, Ustaz Abdullah, Ustaz Ali, Ustaz Saifuddin dan seluruh warga Maahad, semoga Maahad akan kembali bangkit lebih gagah memartabatkan Al Quran.
Tuesday, January 18, 2011
TAKZIAH KEPADA MAAHAD QIRRAT AL AZHAR AMAL AIMY DZALIFAH
Monday, January 3, 2011
Kenyataan Rasmi Berikutan Demostrasi Sekitar Shoubra
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW,penghulu kepada segala nabi dan rasul.
Detik awal 2011, kita dikejutkan dengan episod pengeboman sebuah gereja di Iskandariah yang mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda kepada komuniti penduduk Kristian Koptik. Justeru, beberapa siri demostrasi telah dilaporkan di seluruh Mesir dan Shoubra turut menerima tempias yang sama.
Sebagai sebuah bandar dengan kadar penduduk Kristian yang tinggi, siri-siri tunjuk perasaan terus berlaku di Shoubra sepanjang dua hari lepas.
Dengan penuh keprihatinan pihak DPM (MAQAZ) Shoubra menyeru kepada seluruh mahasiswa Pengajian Islam Shoubra khususnya bagi mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Untuk itu, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil tindakan tersebut dalam tempoh ini :
1. Mengurangkan aktiviti malam sekitar kawasan tumpuan Dauran, St Theresa dan kawasan berkaitan.
2.Elakkan pengunaan jalan-jalan utama yang menjadi tumpuan ramai, gunakan jalan alternatif.
3.Sentiasa membawa bukti pengenalan diri seperti pasport, kad pelajar dan kad PMRAM.
4. Elakkan tindakan provokasi dan pengunaan kata-kata sensitif sekiranya berurusan dengan penganut Kristian.
5.Tidak melibatkan diri dalam sebarang perarakan jalanan yang dianjurakan oleh sebarang pihak.
6.Hubungi Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Ahmad ‘Afif Zuhdi Ahmad Zaki (0146795161/0143045562) bagi sebarang masalah keselamatan.
Pihak DPM (MAQAZ) Shoubra sekali lagi mengharapkan kerjasama semua pihak supaya mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan dan sama – sama memohon doa supaya keadaan sekitar Shoubra akan kembali pulih seperti sediakala.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Ahmad ‘Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki, Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra
Subscribe to:
Posts (Atom)