kpd: warga lot 18, seluruh sanak dan saudara dari mula perlis hingga hujung johor, saf pendidik yang menta'dib, sahabat & sahabiah dari awal tadika hingga ke puncak jaya, semua kenalan cikgu Zaki & cikgu Aishah, & seluruh insan yang mengenali, memahami, merindui dan mencintai...
KULLU SANAH WA ANTUM TOYYIBIN.. MAAF ZAHIR & BATIN
(Video dirakam pada 2007, di Amal Aimy Dzalifah. Ucapannya seperti berada di Mesir; dek himmah yang tinggi, mungkin.)
Hidup umpama roda. Benar. Sekali roda berputar, sekali kita berubah. Buat yang di atas, itu bukan zon selesa; yang dibawah juga bukan zon sengsara. Kerna, yang di atas bukan hanya sekadar menjenguk yang bawah; untuk memastikan yang dibawah mendapat haknya, yang di atas juga diperhati teliti oleh zat Maha Tinggi yang meletakkan amanah ini pada yang di atas. Sewajarnya, yang di atas perlu lebih gayat diperhati dari memerhati.
Taklifan ini bukan tasyrifan. Saya suka ayat ini. Namun, saya lebih suka ayat ini dihembus, dilagukan atau dihujah pada saya jika saya terpandu oleh dorong ambisi, oleh anda semua.
Kini, saya juga bakal dijadikan bahan polemik legasi panjang dalam mencari keseimbngan dalam 3J. Jami'ah, Jami'yah dan Jami'. Moga dengan kuantiti kualiti yang sedikit ini, mampu mencari formulanya.
Jika berperang berada di saf hadapan, risiko bahaya lebih tinggi. Secara peribadi tiga risiko besar saya menerima amanah ini:
Dek kerana saya bukan pemegang rekod kesihatan yang baik, risiko untuk cedera lebih tinggi dari yang jitu jasadnya.
Saya masih dalam kategori 'kanyar'. Masih banyak lompang yang belum sempat ditampung.
Rujuk pada yang atas. :>
*Ribuan terima kasih pada warga Muzallat atas hidangan lazat terutama kerabu 'Arabnya'. Terima kasih daun keladi, kalau ada rezeki jemput lagi.
Sengaja saya tulis entri ini dalam kontra situasi dalam detik yang sama. Kurang 24 jam dari sekarang, detik KLIMAKS akan bermula bagi Mahasiwa Tahun Tiga Maahad Qiraat Shoubra & Mansurah in their final exam.Manakala, Mahasiswa Tahun Satu dan Dua mengambil langkah ANTI-KLIMAKS dek usai Imtihan masing-masing tika rali Imtihan di Lembah Nil masih berlangsung walau temponya makin kendur.
Mengulas tsunami Imtihan yang melanda Shoubra tempoh hari, saya tidak terkejut besar dengan fenomena ini. Seperti yang digambarkan sebelum ini, saya sudah menjangkakannya sedari awal. Keputusan Imtihan Dur Awal tempoh hari merupakan huge achievement kepada warga Shoubra. Peningkatan pelajar SOFI (lulus semua subjek dalam Dur Awal) dari tujuh orang pada purnama sebelumnya kepada 47 orang menceritakan segalanya. Nyata SOFI tidak lagi menjadi sutera ekslusif yang dikenakan golong ‘ilmuwan’ sahaja, malah sama dinikmati ‘marhean’ lainnya.
Harapan saya peningkatan bilangan SOFI ini bergerak senada dengan tahap penguasaan ilmu kita di sini. Walau saya tidak menggemari konsep pembelajaran untuk peperiksaan, namun saya percaya peperiksaan adalah sebahagian proses ke arah kematangan ilmu. Kalungan tahniah saya ucapkan pada semua belah 47.
Saya? Dari awal satu hingga hujung 47, tiada saya tergolong dalam pihak ini. Nyata, saya masih punya misi yang belum selesai. Take it from positive view, saya merasa amat bertuah untuk terus menekuniUsul Qiraat sebaiknya. Saya akui, masih banyak yang perlu saya kuasai dalam mauduk ini. Segala puji pada Yang Esa atas peluang ini.
Namun,bukan senang untuk menerima hakikat gagal. Tapi, sekurang-kurangnya saya lebih menghayatibuku Berani Gagal Billi Lim. Dare To Fail.
_________________________________
Khas bagi pembaca yang mempunyai pengalaman hidup di Mesir sahaja.
Fikirkan.
Bayangkan sebuah bangunan tujuh tingkat yang berkepadatan 50 hingga 100 orang di setiap tingkat, dengan suasana yang aman,tenteram dan menyenangkan. Jauh dari hiruk-piruk kota, namun bangunan itu terletak betul-betul di tengah kota yang sibuk.
Setiap orang di setiap tingkat melakukan kerja yang sama. Mereka berulang-alik mencari sesuatu, setelah menjumpainya, mereka duduk dalam tempoh lama sebelum mengulanginya semula.
Dimanakah lokasi bangunan ini?
Saya baru sahaja menemuinya, dan penglaman berada di dalamnya amat mengasyikkan. Saya juga melakukan ritual yang sama seperti semua orang di dalamnya.
(Artikel ini ditulis bukan untuk menuding jari pada sesiapa. Tiap patah huruf yang diukir di sini adalah suci sebagai muhasabah pada semua. Ditulis tiga hari setelah usai Imtihan.)
Saya bukan orang selayaknya menukuni perihal ini.Jujur. Ilmu yang dikandung secetek cuma, perit ditempuh hanya secubit rasa. Saran ini bukan untuk mengkritik sesiapa.
Usai debut Imtihan saya di Lembah Nil ini, barulah saya menginsafi bahwa bukan mudah bergelar Mahasiswa tahun satuMaahad Qiraat Shoubra.
Ada bebarapa masalah besar yang dihadapi sepanjang safar saya di sini. Dengan rahmat-Nya saya akan cuba menghuraikannya.
Pertama:Tempoh menunggu nama naik di Maahad(Proses Muqayyad). Implikasi terbesarnya saya tidakmendapat kitab silibus pengajian saya hingga proses ini selesai. Untuk makluman, saya mendapat kitab saya hanya setelah selesai last paper Imtihan saya.
Kedua: Tidak semua subjek dalam silibus diajar di Maahad. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang sesi 2008-2009, subjek seperti Ulum Al-Quran danFawasil tidak diajar langsung di Maahad. Jadi bagaimana saya menghadapi Imtihan?
Facing the reality,saya menawar solusi. Solusi yang memungkinkan kita mendapat akses ilmu yang maksima dan konsisten di balik kekurangan ini. Saya percaya kedua-dua masalah yang saya hadapi pada tahun ini akan terus berlanjutanpada tahun berikutnya.
Saya percaya konsep pembelajaran yang baik, apabila sesorang pelajar mampu mendapat akses seluasnya pada ilmu yang dipelajari. Daripada itu, ia mampu untuk mengkaji dan mendalami sesuatu displin ilmu sebaiknya dengan tasawur yang jelas. Kepelbagaian cara penyampaian ilmu akan memudahkan dan melestarikan pemahaman seseorang pelajar.
Keadaan sebaliknya berlaku sekiranya akses itu mengecil. Seorang pelajar mungkin akan menemui kesukaran untuk memahami sesuatu ilmu jika akses yang diperolehnya, tidak bersesuian dengan keupayaan pemikirannya.
Apa yang saya hadapi adalah akses itu amat terbatas, ditambah kelemahan saya berkomunikasi dalam bahasa Arab, membuat ia lebih sukar.
Sebagai solusinya,saya mengesyorkan supaya Unit Pengetahuan dan Pendidikan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra mempelbagaikan akses kepada ilmu-ilmu yang berkaitan silibus pengajian di Maahad secara konsisten, tidak hanya dalam fatrah Imtihan, malah sedari mahasiswa baru menjejak kaki ke bumi Shoubra melalui pelbagai medium.
Saya percaya jika usaha ini dilaksanakan, kita menyumbang kepada suasana pembudayaan ilmu yang baik. Bukan sedikit kritik pada warga Shoubra dek kerana lesunya suasana ilmu di sini.
Saya mengiktiraf dan memandang baik segala usaha yang dilakukuan Unit Pengetahuan dan Pendidikan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra dalam meningkatkan pencapaian akedemik warga Shoubra. Namun, saya percaya masih banyak sisi baru yang dapat diterokai dalam bidang ini.
_______________________________________________
Ini analogi.
Pernah anda terfikir, mengapa Utusan Malaysia menyelitkan akhbar pendidikan dalam keluaran hariannya, malah dibikinnya satu portal web pendidikan ;Tutor. Kita semua maklum Utusan Malaysia bukan sebuah badan pendidikan secara formalnya, hanyalah sebuah syarikat akhbar Melayu bertulisan jawi yang kelangsungannya bermula sejak 1939 dengan menggunakan nama yang lebih ‘asli’, Utusan Melayu.
Sudah mendapat jawapan?.
Jika anda menganggap ia hanyalah sebagai satu tanggungjawab sosial Utusan Malaysia sebagai badan korporat media Melayu, anda silap. Ianya lebih dari itu. Utusan Malaysia, sebagai salah satu wasilah media yang popular di Malaysia, melakukan ia demi survival syarikat itu sendiri.
Sebuah syarikat media yang baik adalah yang memahami dan menjiwai kehendak tiap lapis jagat kumpulan sasarnya (customer needs). Jika Utusan Malaysia hanya memuatkan hanya sekadar berita-berita seputar politik, ekonomi, sukandan hiburan, Utusan Malaysia tidak mampu untuk berdri segagah sekarang.
Seorang pengguna yang bijak tidak akan membeli Utusan jika ianya hanya sekadar memuatkan berita-berita berkaitan topik semasa sahaja. Ia pasti mencari nilai tambahyang meyakinkannya memilih Utusan berbanding akhbar lain kerana pembaca Utusan Malaysia tidak hanya sekadar para penggemar politik, ahli korporat atau penggila artis sahaja.
Media yang baik juga adalah media mampu untuk mencorak pemikiran masyarakat kearah positif. Mampu menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang lebih gemilang dan mampu menjadi wacana kearahnya. Sudah tentu, banyak sudut perlu dimajukan untuk itu. Semestinya antara lapangan which play the main part is education. Mengapa pendidikan? Mungkin selepas saya menghadam karya Syed Muhammad Naquib alAttas saya akan menjelaskannya dengan lebih lanjut.
Saya tidak pasti samada Kumpulan Utusan menyokong misi ini. Namun, inilah sebabnya sisipan khas ini diwujudkan, demi memastikan akhabar Utusan Malaysia terus relevan, mampu untuk memenuhi selera pembaca yang seleranya sentiasa up-to-date mengikut edaran zaman. Demi membuktikan bahawa akhbar Utusan bukan hanya sekadar akhbar berita, malah lebih dari itu, untuk membuat para pembacanya merasa berbaloi dengan tiap sen yang dilaburkannya.
Saya bukan membela Utusan Malaysia, malah Utusan Malaysia bukan akhbar pilihan saya. Saya cuma mengambil ia sebagai contoh. Hanya sekadar itu.