Rali Imtihan di Lembah Nil rancak berlangsung. Maahad Qiraat Shoubra menjadi pemula baton pertama memulakannya dan menamatkannya. Berikut adalah siri awal ulasan usai Imtihan Dur Awal Maahad Qiraat Shoubra.
PASCA IMTIHAN DUR AWAL:SENARIO PRA PENGUNGUMAN KEPUTUSAN
1. Senario Imtihan tahun ini sama sekali berlainan dengan yang sebelumya. Menurut sumber yang boleh dipercayai pihak Maahad Qiraat Shoubra akan lebih memberi tumpuan pada Imtihan Tahriri [Writing Test] berbanding Syafawi [Oral Test].It’s mean peluang mahasiswa Shoubra @ Mansurah untuk rasib [gagal] dalam Imtihan Syafawi adalah rendah. Sebabnya rahsia. Tapi saya percaya ramai warga Shoubra yang mengetahuinya.
2. Malah ketika mana saya berdebar menunggu giliran untuk Imtihan Syafawi, ada sumber yang sangat boleh dipercayai memberitahu saya bahawa SEMUA MAHASISWA TAHUN DUA LULUS DALAM IMTIHAN SYAFAWI.
3. Jika dakwaan ini salah dikala hari, maafkan saya dan sumber saya. Saya tidak memaksa anda untuk meyakini ia. Ia hanyalah sekadar jangkaan. Jika anda meyakini saya dan sumber saya terus ke nombor seterusnya. Jika tidak, langkau ke nombor lima.
4. Agak mengerikan,namun sebagai kesimpulan awal, ramai mahasiswa akan sangkut dalam madah[subjek] Tahriri berbanding Syafawi.
5. Saya menjangkakan bilangan ‘sofi’ [Lulus semua madah pada Dur Awal] tahun ini akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Saya berharap saya tergolong daripadanya. Walau terlalu optimistik, namun saya tetap berserah pada ketentuan-Nya. Rujuk Al-Baqarah:216.
6. I’m predict,not speculate. Knows the difference.
7. Wassalam.
No comments:
Post a Comment