Tuesday, May 26, 2009

Pasca Imtihan: Siri Kedua

(Artikel ini ditulis bukan untuk menuding jari pada sesiapa. Tiap patah huruf yang diukir di sini adalah suci sebagai muhasabah pada semua. Ditulis tiga hari setelah usai Imtihan.)

Saya bukan orang selayaknya menukuni perihal ini. Jujur. Ilmu yang dikandung secetek cuma, perit ditempuh hanya secubit rasa. Saran ini bukan untuk mengkritik sesiapa.

Usai debut Imtihan saya di Lembah Nil ini, barulah saya menginsafi bahwa bukan mudah bergelar Mahasiswa tahun satu Maahad Qiraat Shoubra.

Ada bebarapa masalah besar yang dihadapi sepanjang safar saya di sini. Dengan rahmat-Nya saya akan cuba menghuraikannya.

Pertama:Tempoh menunggu nama naik di Maahad(Proses Muqayyad). Implikasi terbesarnya saya tidak mendapat kitab silibus pengajian saya hingga proses ini selesai. Untuk makluman, saya mendapat kitab saya hanya setelah selesai last paper Imtihan saya.

Kedua: Tidak semua subjek dalam silibus diajar di Maahad. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang sesi 2008-2009, subjek seperti Ulum Al-Quran danFawasil tidak diajar langsung di Maahad. Jadi bagaimana saya menghadapi Imtihan?

Facing the reality,saya menawar solusi. Solusi yang memungkinkan kita mendapat akses ilmu yang maksima dan konsisten di balik kekurangan ini. Saya percaya kedua-dua masalah yang saya hadapi pada tahun ini akan terus berlanjutan pada tahun berikutnya.

Saya percaya konsep pembelajaran yang baik, apabila sesorang pelajar mampu mendapat akses seluasnya pada ilmu yang dipelajari. Daripada itu, ia mampu untuk mengkaji dan mendalami sesuatu displin ilmu sebaiknya dengan tasawur yang jelas. Kepelbagaian cara penyampaian ilmu akan memudahkan dan melestarikan pemahaman seseorang pelajar.

Keadaan sebaliknya berlaku sekiranya akses itu mengecil. Seorang pelajar mungkin akan menemui kesukaran untuk memahami sesuatu ilmu jika akses yang diperolehnya, tidak bersesuian dengan keupayaan pemikirannya.

Apa yang saya hadapi adalah akses itu amat terbatas, ditambah kelemahan saya berkomunikasi dalam bahasa Arab, membuat ia lebih sukar.

Sebagai solusinya,saya mengesyorkan supaya Unit Pengetahuan dan Pendidikan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra mempelbagaikan akses kepada ilmu-ilmu yang berkaitan silibus pengajian di Maahad secara konsisten, tidak hanya dalam fatrah Imtihan, malah sedari mahasiswa baru menjejak kaki ke bumi Shoubra melalui pelbagai medium.

Saya percaya jika usaha ini dilaksanakan, kita menyumbang kepada suasana pembudayaan ilmu yang baik. Bukan sedikit kritik pada warga Shoubra dek kerana lesunya suasana ilmu di sini.

Saya mengiktiraf dan memandang baik segala usaha yang dilakukuan Unit Pengetahuan dan Pendidikan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra dalam meningkatkan pencapaian akedemik warga Shoubra. Namun, saya percaya masih banyak sisi baru yang dapat diterokai dalam bidang ini.

_______________________________________________

Ini analogi.

Pernah anda terfikir, mengapa Utusan Malaysia menyelitkan akhbar pendidikan dalam keluaran hariannya, malah dibikinnya satu portal web pendidikan ;Tutor. Kita semua maklum Utusan Malaysia bukan sebuah badan pendidikan secara formalnya, hanyalah sebuah syarikat akhbar Melayu bertulisan jawi yang kelangsungannya bermula sejak 1939 dengan menggunakan nama yang lebih ‘asli’, Utusan Melayu.

Sudah mendapat jawapan?.

Jika anda menganggap ia hanyalah sebagai satu tanggungjawab sosial Utusan Malaysia sebagai badan korporat media Melayu, anda silap. Ianya lebih dari itu. Utusan Malaysia, sebagai salah satu wasilah media yang popular di Malaysia, melakukan ia demi survival syarikat itu sendiri.

Sebuah syarikat media yang baik adalah yang memahami dan menjiwai kehendak tiap lapis jagat kumpulan sasarnya (customer needs). Jika Utusan Malaysia hanya memuatkan hanya sekadar berita-berita seputar politik, ekonomi, sukan dan hiburan, Utusan Malaysia tidak mampu untuk berdri segagah sekarang.

Seorang pengguna yang bijak tidak akan membeli Utusan jika ianya hanya sekadar memuatkan berita-berita berkaitan topik semasa sahaja. Ia pasti mencari nilai tambah yang meyakinkannya memilih Utusan berbanding akhbar lain kerana pembaca Utusan Malaysia tidak hanya sekadar para penggemar politik, ahli korporat atau penggila artis sahaja.

Media yang baik juga adalah media mampu untuk mencorak pemikiran masyarakat ke arah positif. Mampu menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang lebih gemilang dan mampu menjadi wacana kearahnya. Sudah tentu, banyak sudut perlu dimajukan untuk itu. Semestinya antara lapangan which play the main part is education. Mengapa pendidikan? Mungkin selepas saya menghadam karya Syed Muhammad Naquib al­Attas saya akan menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Saya tidak pasti samada Kumpulan Utusan menyokong misi ini. Namun, inilah sebabnya sisipan khas ini diwujudkan, demi memastikan akhabar Utusan Malaysia terus relevan, mampu untuk memenuhi selera pembaca yang seleranya sentiasa up-to-date mengikut edaran zaman. Demi membuktikan bahawa akhbar Utusan bukan hanya sekadar akhbar berita, malah lebih dari itu, untuk membuat para pembacanya merasa berbaloi dengan tiap sen yang dilaburkannya.

Saya bukan membela Utusan Malaysia, malah Utusan Malaysia bukan akhbar pilihan saya. Saya cuma mengambil ia sebagai contoh. Hanya sekadar itu.


No comments: