Tuesday, June 2, 2009

Pasca Imtihan: Siri Ketiga

Sengaja saya tulis entri ini dalam kontra situasi dalam detik yang sama. Kurang 24 jam dari sekarang, detik KLIMAKS akan bermula bagi Mahasiwa Tahun Tiga Maahad Qiraat Shoubra & Mansurah in their final exam. Manakala, Mahasiswa Tahun Satu dan Dua mengambil langkah ANTI-KLIMAKS dek usai Imtihan masing-masing tika rali Imtihan di Lembah Nil masih berlangsung walau temponya makin kendur.

Mengulas tsunami Imtihan yang melanda Shoubra tempoh hari, saya tidak terkejut besar dengan fenomena ini. Seperti yang digambarkan sebelum ini, saya sudah menjangkakannya sedari awal. Keputusan Imtihan Dur Awal tempoh hari merupakan huge achievement kepada warga Shoubra. Peningkatan pelajar SOFI (lulus semua subjek dalam Dur Awal) dari tujuh orang pada purnama sebelumnya kepada 47 orang menceritakan segalanya. Nyata SOFI tidak lagi menjadi sutera ekslusif yang dikenakan golong ‘ilmuwan’ sahaja, malah sama dinikmati ‘marhean’ lainnya.

Harapan saya peningkatan bilangan SOFI ini bergerak senada dengan tahap penguasaan ilmu kita di sini. Walau saya tidak menggemari konsep pembelajaran untuk peperiksaan, namun saya percaya peperiksaan adalah sebahagian proses ke arah kematangan ilmu. Kalungan tahniah saya ucapkan pada semua belah 47.

Saya? Dari awal satu hingga hujung 47, tiada saya tergolong dalam pihak ini. Nyata, saya masih punya misi yang belum selesai. Take it from positive view, saya merasa amat bertuah untuk terus menekuni Usul Qiraat sebaiknya. Saya akui, masih banyak yang perlu saya kuasai dalam mauduk ini. Segala puji pada Yang Esa atas peluang ini.

Namun,bukan senang untuk menerima hakikat gagal. Tapi, sekurang-kurangnya saya lebih menghayati buku Berani Gagal Billi Lim. Dare To Fail.

_________________________________

Khas bagi pembaca yang mempunyai pengalaman hidup di Mesir sahaja.

Fikirkan.

Bayangkan sebuah bangunan tujuh tingkat yang berkepadatan 50 hingga 100 orang di setiap tingkat, dengan suasana yang aman,tenteram dan menyenangkan. Jauh dari hiruk-piruk kota, namun bangunan itu terletak betul-betul di tengah kota yang sibuk.

Setiap orang di setiap tingkat melakukan kerja yang sama. Mereka berulang-alik mencari sesuatu, setelah menjumpainya, mereka duduk dalam tempoh lama sebelum mengulanginya semula.

Dimanakah lokasi bangunan ini?

Saya baru sahaja menemuinya, dan penglaman berada di dalamnya amat mengasyikkan. Saya juga melakukan ritual yang sama seperti semua orang di dalamnya.