Hijrah jika disorot pada pengertian bahasanya bermaksud meninggalkan satu tempat menuju ke satu tempat yang lain. Dalam erti kata yang luas hijrah amat cocok dipadankan pada kata perubahan. Jika hijrah diteliti dengan lebih mendalam, faktor pendesak yang menghasilkan sesuatu penghijrahan pasti lahir dari perubahan. Rasa ingin berubah, menatijahkan penghijrahan dari segala sudut kehidupan. Rantaian hijrah dari mula hingga akhirnya pasti tidak lepas dari perubahan bermula sebelum, semasa dan selepas penghijrahan.
Penghijrahan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang berlalu sejak 1432 tahun dulu juga lahir dari faktor perubahan. Malah lebih dari itu, risalah Islam yang dibawa oleh sekalian Anbiya’ sendiri adalah risalah perubahan. Menyeru manusia untuk melakukan perubahan dengan mengesakan Allah Taala dan tiada menyukutan Allah dengan sebarang sembahan lain.
Natijah dari penghijrahan Baginda merupakan permulaan besar yang terus menjamin kelangsungan Islam hingga ke hari ini. Kebebasan beragama yang luas hingga memangkin kesempurnaan Islam beraksi dalam setiap lapangan kehidupan. Tatacara bernegara, pengaturan sosial masyarakat dan bidang lainnya ditadbir urus dengan meletakkan Islam sebagai tunjangnya.
Berlalu ribuan tahun, keperluan hijrah selayaknya tidak dikenang tepat Awal Muharram sahaja. Bahkan, dalam realiti Islam kini, setelah dicabut hampir segala fungsinya yang syumul itu dan disudutkan pada segi tertentu sahaja, ummat sepatutnya mengembeleng sepenuhnya kekuatan bagi meletakkan kembali Islam sebagai tuan pada buana ini.
Dimuat dalam Nida' Huffaz, risalah terbitan Unit Penerangan dan Penerbitan Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدُونِ
" Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu "
Natijah dari penghijrahan Baginda merupakan permulaan besar yang terus menjamin kelangsungan Islam hingga ke hari ini. Kebebasan beragama yang luas hingga memangkin kesempurnaan Islam beraksi dalam setiap lapangan kehidupan. Tatacara bernegara, pengaturan sosial masyarakat dan bidang lainnya ditadbir urus dengan meletakkan Islam sebagai tunjangnya.
Berlalu ribuan tahun, keperluan hijrah selayaknya tidak dikenang tepat Awal Muharram sahaja. Bahkan, dalam realiti Islam kini, setelah dicabut hampir segala fungsinya yang syumul itu dan disudutkan pada segi tertentu sahaja, ummat sepatutnya mengembeleng sepenuhnya kekuatan bagi meletakkan kembali Islam sebagai tuan pada buana ini.
Dimuat dalam Nida' Huffaz, risalah terbitan Unit Penerangan dan Penerbitan Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra
No comments:
Post a Comment