Tuesday, December 30, 2008

senjata balas

atas kedaifan diri,hanya senjata ini mampu dikirimkan:

اللهم يا حي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام يا ودود يا ذا العرش المجيد يا فعال لما يريد نسألك اللهم بأسمائك الحسنى وصفاتك العلى واسمك الأعظم يا منشئ السحاب يا منزل الكتاب يا هازم الأحزاب ..اهزم الطغاة المجرمين من اليهود والنصارى الذين يريدون أن يعثوا فسادا في اجسادهؤلاء المسلمين ..

وانصر المسلمين والمجاهدين عليهم..اللهم انصرنا عليهم في كل مكان..اللهم أرنا فيهم عجائب قدرتك .. اللهم أحصهم عددا واقتلهم بددا ولا تغادر منهم أحدا..اللهم اجعلهم غنيمة للمسلمين..اللهم اجعل سلاحهم في صدورهم وكيدهم في نحورهم وتدبيرهم تدميرا لهم...

اللهم أنزل بهم بأسك وبطشك ورجزك وعقابك وأليم عذابك.. اللهم لا ترفع لهم راية واجعلهم لمن خلفهم آية..اللهم إن زرعهم قد دنا حصاده فهيئ لهم يدا من الحق حاصدة تحصد جذوره وتستأصل شروره..

اللهم أهلكهم كما أهلكت إرم وعاد ... اللهم صب عليهم سوط عذاب فإنهم أفسدوا في البلاد وقتلوا العباد.. اللهم إنهم لا يرجون لك وقارا.. اللهم إنهم يصفونك بما أنت منزه عنه، سبحانك اللهم عما يقولن علوا كبيرا.. سبحانك اللهم وتعاليت عما يقولون علوا كبيرا...

اللهم اشف صدورنا منهم..اللهم عذبهم واجعل قتلهم على أيدي المسلمين ..اللهم سلط النصارى على اليهود واليهود على النصارى وأهلك الظالمين بالظالمين وأخرج أمة محمد من بينهم سالمين..

اللهم ارحم المسلمين من المستضعفين .. اللهم آمن روعاتهم واستر عوراتهم واحفظ ذرياتهم وارحم ثكالاهم واحفظ أياماهم واجعل أطفالهم شفعاء وقتلاهم شهداء،.. اللهم أقم على الحق دولتهم واجمع على التوحيد كلمتهم .. اللهم انصرهم.. اللهم انصرهم..اللهم انصرهم..

اللهم اجعل الملائكة تعينهم..اللهم سدد رميهم .. اللهم سدد رصاصهم...اللهم اجعل سلاحهم غنيمة في أيدي المسلمين...اللهم افتح أبواب الجهاد في كل مكان .. اللهم ارزق المسلمين أبواباً إلى الجهاد في كل مكان ..يا ربالعالمين .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. ياحي ياقيوم برحمتك نستغيث .. سبحانك ربنا عز جارك، وجل ثناؤك، وتقدست أسماؤك، سبحانك وبحمدك، لا يهزم جندك، ولا يخلف وعدك، يا حي يا قيوم، ياذا الجلال والإكرام.

اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا، اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق، اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا،

اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق.
اللهم منزل الكتاب، ومجري السحاب، وهازم الأحزاب، اهزم اليهود الغاصبين المحتلين، وزلزلهم. اللهم خالف بين قلوبهم، وفرق جمعهم، وشتت شملهم، وزلزل أقدامهم، وأنزل بهم بأسك الذي لا يرد عن القوم المجرمين. اللهم إنا نجعلك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم
.

اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين . اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين .

اللهم كن لهم مؤيداً ونصيراً، ومعيناً وظهيراً. اللهم إنهم حفاة فاحملهم، وضعفة فقوهم. اللهم ارحم ضعفهم، واجبر كسرهم، وقوي عزائمهم، واحفظ عليهم دينهم، واجمع كلمتهم، ووحد صفوفهم.

اللهم أنت المرتجى؛ لا ملجى إلا إليك. اللهم إنا نسألك لهم فرجاً عاجلاً، ونصراً مؤزراً. اللهم لقد مسهم الضر.

اللهم فاكشف عنهم هذه الغمة، واكشف الغمة عن إخواننا المسلمين وفي كل مكان. اللهم انصر إخواننا المجاهدين في سبيلك في كل مكان. اللهم انصرهم في لبنان وفلسطين والعراق وفي كل مكان يا رب العالمين.

اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم من أرادنا بسوء فأشغله بنفسه واجعل كيده في نحره.
اللهم صلي وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. سبحان ربك رب العزة عما يصفون، وسلام على المرسلين، والحمد لله رب العالمين


{Qunut nazilah di atas dipetik dari www.zaharuddin.net}

Monday, December 29, 2008

membongkar istilah!!

Ini adalah YM yang saya dapat menjelang Asar

Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. Di Negara-negara Arab, rata-rata penduduk Arab juga termasuk Eropah mengambil pendekatan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke Gaza. Menurut sumber, 30 tempat di Gaza menjadi sasaran serangan udara Israel, terbaru kemungkinan akan berlaku serangan darat. Gaza bakal seperti Iraq, Afghanistan? Ketika msg ini ditulis, Gaza masih diserang Israel. 28/12/08, 12.08 tengahari(waktu Mesir)

Ini pula beberapa minit yang lepas

Menurut sumber dari tentera Israel, mereka telah menyerang 300 tempat dan kawasan yang ada kaitan dengan HAMAS di Gaza. Sementara itu, kereta kebal dan bulldozer Israel telah dikumpulkan berdekatan dengan pertengahan Semenanjung Gaza, sebanyak 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga menanti arahan untuk serangan darat. 28/12/08

Saya terkedu.Hilang kata-kata.

Sesungguhnya akal saya sudah hilang upayanya bagi mencari kalimah sesuai untuk meterjemahkan kedahsyatan peristiwa yang dicetus suatu bangsa yang sifat durjananya sudah mencapai maha klimaksnya.

(Ayat di atas belum cukup kuat untuk menggambarkan perasaan saya.)

Belum pun gocakan hati mulai tenang damai,saya kembali terbakar membaca berita ini.

Belum pun sempat otak saya mengembali upayanya,saya terpaksa sekali secara terpaksa memikirkan istilah baru untuk kaum ini .

(betapa bernilai sepapan panadol pada waktu ini)

Saya sudah tidak sanggup untuk menyaksikan episod seterusnya.
Saya sudah tiada upaya untuk menaip perenggan seterusnya.









_________________________________________________________________
*Jutaan terima kasih pada sahabat/sahabiah yang tanpa jemu menghantar YM terkini tentang peristiwa ini.Saya amat menghargainya

Saturday, December 13, 2008

indah bukan?

Indah bukan?

Bukan mudah bagi seorang yang berjalur Khatulistiwa bernyawa damai dalam dingin.

Lelah.Alah.Lemah.

Bernafas dalam dingin tidak semudah menyedut desir dalam iklim lembap.

Percayalah!

Lelah melawan arus.
Alah disapa dingin.
Lemah ditusuk suhu .

Kompleks bukan?
Bagi makhluk.
Tidak,
Bagi Tuhan.
Setuju?


Masih ingat pada Surah Quraisy?
Ingat bukan?

Masih ingat tika mana Allah mengenangkan nikmatNya pada kaum Quraisy?

Rujuk pada ayat kedua.
Sila capai tafsir masing-masing.

Lets make some research !

Kembali ke abad silam.
Lokasi masih di pusat bumi.

Allah s.w.t telah memudah kaum itu menganjur rehlah perniagaan ke selatan pada musim dingin.
Ke Yaman.

Meski,laluan sahara bukan jalan yang digemari oleh para pedagang.Bisa saja laba yang dituai dilincinkan hati-hati busuk di laluan ini, atau mungkin iklim yang bersangatan dahsyat menumbangkan taukeh-taukeh mega.

Apa saja bisa berlaku pada laluan ini.
Namun,
Pemeliharaan Allah mengatasi segala.


Masih sudi membaca?
Terima kasih.
Teruskan.

Harus diteliti bahawa surah ini diturunkan pada Kaum Quraisy supaya mereka kembali mampir pada cahaya Illahi.Dikenang segala nikmat yang dicurah percuma supaya ego mereka dapat dibatasi.Bahawa segala keuntungan dari dagangan mereka itu datang dari Allah.
Hanya dari Allah,kerna Nur Muhammad s.a.w

Mesyi?

Kembali pada realiti.

Kita sebagai hamba yang mengaku beriman pada Allah,harus merasa bangga. Kita punyai Tuhan yang mampu memberi damai pada musim dingin ini. Tuhan yang mampu menyelesaikkan segalanya.

La tahzan.Inna Allah ma'ana.

Allahu Rabb!!
Sejarah telah membuktikkan.

Jadi,anda masih punyai Dia.
Mintalah pada-Nya.

Wahai jiwa-jiwa khatulistiwa,
Allah berfirman:

وكفى بالله وكيلا

"Dan memadailah Allah sebagai wakil kamu"
(Surah An-Nisa:81)

Pada tika mana kamu mengimani Allah sebagai Rabb kamu,Allah tidak akan pernah membiarkan kamu keseorangan.Tidak.Walau sejenak.Allah senantisa akan mampir pada kamu.Sentiasa ada merungkaikan segala musykilah kompleks.Walau sekompleks mana.
Sejarah adalah guru agung. Lembaran sejarah mengungkapkan rentetan periatiwa agung. Pengajarannya darinya tak bisa dihitung.

Sedutlah udara seterusnya dengan penuh rasa syukur.
Kerna anda dipilih menjadi ummat bertuah ini.



Indah bukan?


__________________________
Sumber:
-Al Quran Karim
-Tafsir Syed Qutb
-Sumber internet

Monday, December 8, 2008

Menanti klimaks

Tepat di pusat bumi..
Berhimpun jutaan insan di tanah gersang.Mereka memburu. Buruan yang amat bernilai.Buruan yang tiada nilai untuk dinilai.Sememangya amat bernilai.

Namun..
Bukan senang untuk membelek pasir-pasir halus memburu buruan ini.
Amat payah untuk menembusi jutaan manusia ini mendapatkan barang ini.
Pantang larangnya cukup banyak. Pelbagai penalti menanti pada yang engkar.
Namun dek kerana bernilainya buruan ini,sebutkan apa sahaja rintangan akan semua diharungi.

Walhasil..
Tidak semua mendapat buruan yang diharap.Rugi.Amat rugi.Mereka dijemput khas untuk memburu buruan ini.Jemputan khas.Tapi, masih asyik dibuai kejutan budaya. Tewas pada panggilan mengghairahkan penunggu-penungu berwajah padang pasir berlisan Melayu.
Tidak sedikit yang gagal kerna pelbagai tribulasi yang sengaja dicipta hanya untuk sekadar menguji.

Beruntunglah golongan yang sedikit..
Moga buruan itu menjadi bekalan ampuh untuk dibawa pulang ke sana nanti.
Ameen Ya Rabb..




Penantian menuju klimaks sememangnya menarik untuk disusuri…

a new child born


Syukur..
Tanggal 10 Zulhijjah 1429 yang mulia lahir jua anak kecil ini.
Jutaan terima kasih kepada semua terutama my lovely Ummi dan Baba,adek-adek dan semua rakan yang tidak jemu memberi bantuan lebih dari cukup..

Ya Allah..
Dengan kekuasaanMu besarkanlah besarkanlah anak kecil ini dengan isme positif,dengan kasih sayangMu jauhkanlah ia dari isme negatif dan dengan rahmatMu besarkanlah dalam naungan mahabbahMu..

Ameen Ya Rabb

بسم الله الرحمن الرحيم

Moga dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama