Monday, December 8, 2008

Menanti klimaks

Tepat di pusat bumi..
Berhimpun jutaan insan di tanah gersang.Mereka memburu. Buruan yang amat bernilai.Buruan yang tiada nilai untuk dinilai.Sememangya amat bernilai.

Namun..
Bukan senang untuk membelek pasir-pasir halus memburu buruan ini.
Amat payah untuk menembusi jutaan manusia ini mendapatkan barang ini.
Pantang larangnya cukup banyak. Pelbagai penalti menanti pada yang engkar.
Namun dek kerana bernilainya buruan ini,sebutkan apa sahaja rintangan akan semua diharungi.

Walhasil..
Tidak semua mendapat buruan yang diharap.Rugi.Amat rugi.Mereka dijemput khas untuk memburu buruan ini.Jemputan khas.Tapi, masih asyik dibuai kejutan budaya. Tewas pada panggilan mengghairahkan penunggu-penungu berwajah padang pasir berlisan Melayu.
Tidak sedikit yang gagal kerna pelbagai tribulasi yang sengaja dicipta hanya untuk sekadar menguji.

Beruntunglah golongan yang sedikit..
Moga buruan itu menjadi bekalan ampuh untuk dibawa pulang ke sana nanti.
Ameen Ya Rabb..




Penantian menuju klimaks sememangnya menarik untuk disusuri…

1 comment:

ningurlz said...

Salam ziarah.. dah ad blog ye? sungguh mantap penulisan! congrats and teruskan menulis! salam aidil adha..kullu sanah anta bkhair wa ilallahi aqrab.