- Dalam falsafah korban, kuantiti bukan prioriti. Hajj:37.
- Juga, korban memberi faham bahawa segala yang dipinta lamanya dan pabila pantas mendakapnya, bukan beerti lamanya juga akan mendampinginya.Saffat:100-102.
- Jika tiada mampu menjadi sekuat Ibrahim a.s., jadilah setabah Ismail a.s.
- Warga Shoubra dengan limpah-Nya, akan menyalakan roh korban dengan kehadiran 19 ekor kambing dan seekor unta. Moga keikhlasan menjadi sumbunya.
- Taqqballahhu minna wa minkum.
Saturday, November 28, 2009
11 Zulhijjah
Tuesday, November 17, 2009
PENGUMUMAN
Satu laporan polis telah dibuat dan anggaran kos kerugian melebihi LE 1000.
Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki,
Setiausaha Agung,
Dewan Perwakilan Mahasiswa [MAQAZ] Shoubra.
Thursday, November 12, 2009
Mempamer Solidariti
- Menekuni beberapa episod duka yang menimpa warga Shoubra mutakhir ini ,termasuk kepulangan ayahanda Iman, bonda Amer Al-Hafiz dan pemergian kakanda Syed Sulaiman ke rahmatullah alaih, juga keputusan hospital yang mengesahkan bonda saudara Faqih menghidap kanser, maka terpanggil saya untuk memberi respon segera.
- Maka benarlah kalam Allah Taa'la, 'Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati'-An-Nisa':185. Kerna, tua tidak menjadi syarat untuk mati, dan muda tidak menjadi asbab untuk hidup.
- Pastinya, rentetan yang berlaku ini merupakan satu peringatan dari Tuhan bahawa nyawa yang dikendong pasti punya waktu cerainya, dan bersiap siaga menghadapinya amat dituntut agama.Tentunya dengan proses transisi musim yang sedang berjalan, penjagaan kesihatan haruslah diangkat menjadi prioriti utama pada semua.
- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya ucapan takziah yang mampu dikirim.Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan para auliya' dan solihin dan moga Allah mengurnia sebidang hati yang cekal pada para sahabat sekalian.
Al-Fatihah.
Sunday, November 1, 2009
Ruang Privasi
Tatkala Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah mulai lesu menjamah raut-raut 'segar', kini, ia kembali menanti wajah-wajah yang meninggalkannya pada purnama lalu.
Tentunya, menyambut sahabat yang kepingin teringin menjejak ke Lembah Nil, sekadar memutar kenangan indah (& pahit) seputar kehidupan.
Namun di balik keterujaan menyambut sahabat-sahabat baru, saya masih menuungu kelibat bayang seseorang yang begitu istemewa, bukan pada saya sahaja, malah kepada sesiapa yang berkesempatan mendampinginya.
Abdul Muqsith Shaari
Tika kita mematri janji untuk bersua selepas tahun berikutnya, harapnya akan tertunai jua.
Setelah berkejaran saat menjadi minit, bertukar minit membentuk jam, menyusul hari kepada minggu, berkumpul minggu mencipta bulan, dan digenap bulan pada tahun, tiba detik yang didamba.
Meski,
telah sama-sama kita mecongak mimpi agar kelak nanti bertukar realiti, Tuhan dengan ketentuan Yang Maha Pasti telah menentukan kita akan punya haluan sendiri.
Natijahnya,
Nyata, telah Tuhan amanahkan padamu pada suatu yang lebih baik.
Moga dikau mampu memikul amanah ini selayaknya, masakan tidak kerna Tuhan hanya membebani hamba-Nya sekadar mampunya sahaja.
Masih terbayang sms terkahir sebelum saya berlepas ke sini, menjadi perkongsian terakhir antara kami berdua:
Pada kesempatan bertemu,
Kalam selalu melulu,
Gerak agak terburu,
Namun,
Tindakmu acap mengundang syahdu,
Bersamamu damai di kalbu,
Pabila tiba saat jauh darimu,
Mata mulai kelabu,
Hati makin celaru,
Jiwa haru-biru,
Fikir tak tentu,
Pergi meninggalkanmu.
! أنا أحبك فى الله