Thursday, November 12, 2009

Mempamer Solidariti

  1. Menekuni beberapa episod duka yang menimpa warga Shoubra mutakhir ini ,termasuk kepulangan ayahanda Iman, bonda Amer Al-Hafiz dan pemergian kakanda Syed Sulaiman ke rahmatullah alaih, juga keputusan hospital yang mengesahkan bonda saudara Faqih menghidap kanser, maka terpanggil saya untuk memberi respon segera.
  2. Maka benarlah kalam Allah Taa'la, 'Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati'-An-Nisa':185. Kerna, tua tidak menjadi syarat untuk mati, dan muda tidak menjadi asbab untuk hidup.
  3. Pastinya, rentetan yang berlaku ini merupakan satu peringatan dari Tuhan bahawa nyawa yang dikendong pasti punya waktu cerainya, dan bersiap siaga menghadapinya amat dituntut agama.Tentunya dengan proses transisi musim yang sedang berjalan, penjagaan kesihatan haruslah diangkat menjadi prioriti utama pada semua.
  4. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya ucapan takziah yang mampu dikirim.Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan para auliya' dan solihin dan moga Allah mengurnia sebidang hati yang cekal pada para sahabat sekalian.

Al-Fatihah.

No comments: