Keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sememangnya amat dinanti.
Apapun keputusannya, keputusan kerajaan untuk menilai semula keberkesanan UPSR dan PMR sebagai cerminan pencapaian akademik pelajar membuktikan bahawa sistem pendidikan yang berasakan peperiksaan (exam-oriented) tidak lagi mampu untuk menjadi kayu ukur pencapaian pendidikan para pelajar.
Melalui sistem (exam-oriented) penempuan besar pendidkan para pelajar di setiap peringkat akan ditumpu kepada prestasi akademik semata. Pencapaian akademik diangkat menjadi kayu ukur mutlak bagi menentukan kualiti pelajar. Orientasi pembelajaran akan tertuju bagaimana untuki meningkatkan jumlah markah dalam subjek. Maka suasana more testing than educating akan menjadi iklim pembelajaran. Alam pendidikan tidak lagi menjadi meriah dek kerana sebaik sahaja langkahan masuk ke dalam pagar sekolah, semua unit yang berada di dalamnya hanya bergerak atas orientasi membebankan ini.
Dato' Dr. Siddiq Fadzil dalam bukunya Pendidikan Al- Hikmah dan Misi Pencerahan mengutarakan pendapat " Anggapan umum bahawa prestasi akademik adalah penentu masa depan telah menimbulkan susasana persaingan yang semakin sengit. Alam persekolahan telah menjadi sebuah gelanggang hempas pulas yang tegang, anak-anak sekolahan kelihatan sugul, muram, kelelahan, terbeban dan tertekan. Keadaan inilah yang menimbulkan pertanyaan 'Are we prepare them for succces or overloading them with stress ?' Selain dianggap penentu masa depan, prestasi akademik anak-anak juga seringkali dilihat sebagai lambang status sosial dan kebanggan orang tuanya. Untuk itu pula anak-anak sekolahan dipacu bagai lumba kuda. Akibatnya yang kalah berlumba atau yang tidak mampu berlumba bersa tidak dihargai dan tidak dikehendaki "
Demi mencapai puncak prestasi akademik, anak bangsa hanya sekadar mampu untuk menghapal maklumat dari menghadam dan mencerna segala pengetahuan yang dicurah dalam kelas darjah. Menjadikannya anak muda serba sebelah sejak dari bangku persekolahan ! Hanya mampu menjadi penyimpan data yang baik dari menjadi makhluk merencana dan pemikir yang terpuji. Lantas, keupayaan akal karunia Tuhan hanya bergerak sebatas database angka,fakta dan formula.
Seorang pelajar pada beberapa tahun lepas melahir kemualannya lewat katanya "seem interested only in churning out top scores who are incapable of thinking, reasoning and talking about subject beyond their field of study", "tremendous pressure on student to excel, but only academically."
Semua rakyat Malaysia menanti penuh harap agar Syawal yang menjelma membuka lebaran baru supaya kita dapat melihat alam pendidikan tidak dihukum melalui peperiksaan sahaja.
No comments:
Post a Comment