Demi berlaku adil pada Jitra, maka tulisan ini harus juga dilayangkan.
Menjenguk kembali Jitra setelah hampir beberapa lama menyepi, pita nostagia memutar kisahnya. Anak kecil yang berjiran Masjid Al-'Ala itu, kini berkepit pula dengan istana. Anak cikgu itu pun sudah panjang jejak hingga luar negara.
Akan Jitra, harkat majunya berundur tidak, derasnya juga makin dirasa. Jika sepuluh tahun lalu, masih riang berlari di bendang padi, alih sedekad berlari di celahan bangunan batu. Dulu, hiruk memandu satu lorong, kini sudah bertambah dua, malah tiga. Yang suatu ketika megah diwakili sang Perdana Menteri kini pencen pun sudah, berTun pun sudah.
Sehingga kini, Jitra punya satu imej kekal tegar melingkarinya. Jika digali dalam-dalam, diperhati tajam-tajam, imej tegar ini akan segera terpancar. Mungkin saja imej ini tidak popular tatkala pandangan umum berpendapat semua imej harus pantas dirasa materinya, dizahir batang tubuhnya.
Secara konsisten, Jitra masih tegar dililit imej bandar pendidikan.Malah tidak keterlaluan, dilabel kota pendidikan Kedah. Lihat saja ragam institusi pelbagai jalur yang melingkari Jitra.
Galur tradisional, konvesional dan alternaif semuanya telahpun mewarnai citra pendidikan Jitra sejak lamanya. Sebagaimana adat alam, sesuatu kejadian pasti punya pasang surutnya, begitu juga ketiga galur ini.Pra kemerdekaan, mungkin sahaja galur tradisional punya pengaruh luas sebelum diganti aliran konvensional yang kini semakin terjelir kebobrokannya, memungkinkan galur alternatif kian mendaki tangga puncaknya.
Namun bukan kemasyuhran galur menjadi mauduk utama di sini...
Bersambung..
(p/s) Memasuki tempoh lesu. Tulisan-tulisan seterusnya mungkin juga akan digantung begini. Doakan untuk terus diberi limpah idea dan daya usaha untuk terus menulis.
No comments:
Post a Comment