Monday, June 7, 2010

MENGENANG IMAM SYATIBI (1)

Legasi pencerahan yang dipimpin Tariq Ibn Ziyad r.a membuka Andalus pada 92 Hijrah meledakkan impak maksiama terhadap pengembangan dan pelestarian banyak displin kehidupan kehidupan termasuk ilmu. 


Empayar yang berlanjutan hingga  897 Hijrah melangkaui tujuh abad itu, membuka jalan kepada kita untuk mengenali nama Ibn Sina pakar tabib, Al - Farabi ahli falsafah, Al - Khawrizmi pakar matematik dan banyak nama besar lain.


Empayar besar ini jugalah yang bertanggungjawab membuka jalan kepada renaissance Eropah. Kesan hebat tamadun Andalus yang menjadiakan ilmu sebagai enjin utama penggerak hadharahnya telah memberi inspirasi pada Eropah untuk keluar dari zaman gelapnya. Zaman kontra realiti Barat yang dipapar masani.


Professor Victor Robinson menceritakan dua sisi opsisi ini:

Europe was dark at sunset while Cordoba with public lamps, Europe was dirty Cordoba built a thousand of baths, Europe was covered with vermin Cordoba changed its undergarments daily, Europe lay in mud in Cordoba street were paved

Lipatan sejarah Andalus menyaksikan para ilmuwan Islam tidak sahaja cekap mengemukakan pelbagai teori-teori segar ; Al - Khawarizmi dengan prinsip Algebra, Al- Biruni bersama teori bumi mengelilingi matahari dan lainnya, malah semakin cekap menguasai ilmu - ilmu yang menjadi teras dan identiti Islam. Andalus menjadi hab Ilmu Tafsir, Hadith dan Fiqh.


Dalam ilmu Qiraat, seorang cendekia besar telah lahir hasil dari kecermelangan ini. Lahir pada 538 Hijrah, Imam Syatibi adalah figura dalam bidang ini. Hirzu al-Amani wa Wajhu al-Tahani adalah karya popular beliau yang masih kekal dipelihara Allah hingga ke hari ini. 



No comments: