Ada beberapa signifikan besar yang dimainkan warga Shoubra pada Konvokesyen Universiti Al-Azhar 2010 yang telah berlangsung hari ini.
1.Mahasiswa Shoubra telah diberi penghormatan untuk mengalunkan baccan ayat suci Al - Quran Karim pada majis yang turut dihadiri oleh Syeikul Azhar, Prof. Dr. Imamul Akbar Ahmad Muhammad Tayyib.
2.Mengikut statistik graduan mahasiswa/wi Malaysia Universiti Al-Azhar sesi 2009/2010 yang disertakan dalam buku cenderahati majlis, seramai 110 orang graduan Pengajian Qiraat telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam tahun ini. Dari jumlah tersebut, graduasi Shoubra seramai 97 orang; jumlah siswa tertinggi melebihi bidang pengajian lain samada Syariah, Usuluddin dan lain-lain
3.Tambah membanggakan, dari seramai 354 orang mahasiswa/wi Al-Azhar yang menamatkan pengajian pada tahun ini, hanya dua orang mahasiswa sahaja yang beroleh peringkat Sangat Baik. Dua orang mahasiswa tersebut dari Shoubra. Walau jumlah sebenarnya tiga pada perkiraan saya; nama Amaluddin Arshad tidak dicatat langsung pada senarai tersebut walau turut juga memperoleh peringkat sama.
Tulisan ini bukanlah suatu bentuk keterujaan saya pada angka untuk mendabik Shoubra secara khusus, mahupun Pengajian Qiraat amnya; ia lebih pada kepada pembelaan yang telah kini dibuktikan, yang menuntut ruang yang lebih besar diberi kepada mahasiswa/wi Qiraat. Sesi pengajian lepas, yang terjadi adalah suatu bentuk pemencilan yang cukup memalukan telah dikenakan pada mahasiswa/wi Qiraat.
1.Proses kenaikan nama mahasiswa/wi di Maahad masing-masing yang mengambil masa yang cukup lama untuk diselesaikan, sehingga mahasiswa/wi diheret ke Imtihan Dur Thani. Tentunya masalah ini bukan perkara baru, namun ketika momentum desakan dari pelajar begitu kuat, barulah cuba untuk diselesaikan. Dengan bilangan pelajar yang besar setiap tahun datang ke Mesir bagi mengikuti pengajian Qiraat, masalah ini sepatutnya sudah lama selesai dengan sedikit ketekunan dan kebijakan pengurusan. Bilangan yang besar mewakili suara yang yang kuat, penafian pada golongan ini bakal menjelmakan gelombang kebangkitan yang jitu yang menuntut hak mereka secara padu.
2.Pertikaian pada ijazah Sarjana Muda Qiraat dengan alasan pengajian Qiraat di Mesir hanyalah di institusi bertaraf Maahad tidak di Jamiah tidak harus langsung dibicarakan.Pengajian Qiraat adalah bidang yang masih baru di Malaysia dan jumlah 'ahli'; yang benar menguasai dan memahami, amatlah sedikit.Justeru, pengiktirafan Sarjana Muda adalah jalan terbaik bagi memajukan displin ilmu ini di Malaysia yang realiti dunia pendidikannya, wujud obsesi yang tinggi bagi menilai kepakaran seseorang berdasar tingkat sijil yang diperolehinya. Ini bukan bermaksud, perlunya jalan pintas mengiktiraf displin ilmu Qiraat.Segala apa yang diajar di Maahad tidaklah layak diperoleh Ijazah secara permukaanya, namun apa yang harus diakui, silibus pengajian Qiraat yang berada di Maahad Shoubra / Mansurah (yang membolehkan mahasiswa/wi Melayu beroleh ijazah, tapi tidak bagi warga Mesir sendiri) masih belum mampu untuk diterapkan di Malasyia. Dalam bahasa mudah, ia sudah cukup 'tinggi', walau berada pada batas Maahad.Jadi mengapa sistem pengajian Mesir hanya meletakkan silibus ini di Maahad, tidak di Jamiah (Universiti). Ini bersesuaian dengan tahap perkembangan displin ilmu Qiraat di Mesir yang jauh sudah maju di hadapan sejak sekian lama (Imam Syatibi memilih Mesir untuk mendalami dan menyebarkan ilmu Qiraat dek terkehadapanya Mesir ratusan tahun dahulu awalnya ). Kesimpulan mudah, pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda kepada graduan Maahad Qiraat di Malaysia adalah kerana 'tinggi'nya silibus yang diajar di Maahad. Ia harus diukur begini. Bukan kerana 'rendah'nya tahap Maahad yang berada satu tahap di bawah Jamiah, ia tidak layak mendapat iktiraf Ijazah Sarjana Muda.
Saya tidak mengharap banyak dari tulisan ini, cukuplah sekiranya selepas ini segenap pihak yang bertangungjawab mengurus dan membela mahasiswa/wi Qiraat mampu untuk memahami kondisi yang berlakunya sebetulnya pada posisi masing-masing. Moga segala hal yang dibangkit mampu membuka perhatian semua pihak; mahasiswa/wi, lepasan Pengajian Qiraat, pihak pentadbiran, organisasi pelajar dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment