Showing posts with label arab-melayu. Show all posts
Showing posts with label arab-melayu. Show all posts

Monday, June 14, 2010

S.H.O.U.B.R.A

Jika mahu dibuat graf pengukur kepopularan Shoubra di mata rakyat Malaysia, tempoh ini adalah yang waktu puncaknya.


Banyak kejadian yang menyumbang ke arah peningkatan tahunya rakyat Malaysia akan wujudnya satu pusat pengajian yang dituntut oleh rakyat Malaysia di bumi Mesir, Shoubra.Tentunya tragedi 8 Mei akan menjadi punca utama peningkatan ini.


Bermula dari kesedaran tinggi warga Shoubra menuntut hak yag ternafi hinggalah terheret ke mata media media , Shoubra mampu juga untuk menjadi buah mulut ramai buat suatu ketika.


Namun, di balik kesadaran tinggi pelbagai pihak membela Shoubra, wujud beberapa versi yang digunakan untuk menanggapi kata nama Shoubra tersasar dari yang sebenar. Setelah beberapa penilitian dibuat saya menjumpai beberapa versi untuk merujuk kota ini.

Shoubra,Syoubro,Shubra,Syubro

Memasuki bidang penggunaan dan pengamalan kata nama khas, suka saya mengambil definisi paling ringkas "nama yang digunakan untuk merujuk sesuatu zat secara tepat dan teliti "

Frasa 'merujuk sesuatu zat secara tepat dan teliti' punya skop sasaran yang luas.




Aspek rujukan pertama untuk menyeluruhi pandangan terhadap sesuatu tempat, pengalaman dan pengamalan masyarakat setempat diambil kira bagi menetapkan pandangan adil untuk lokasi tersebut.


Ini penting kerana hanya penduduk setempat yang mampu untuk mengolah alam kelilingnya dengan baik berbanding orang asing. Walau tidak dinafikan, komuniti Melayu di Shoubra itupun hanya komuniti pelajar yang sifatnya tidak tetap dan berubah-ubah (bukan masyarakat pribumi yang kekal berketurunan mendiami Shoubra), namun sekurang-kurangnya pandangan golongan ini paling absah untuk dimabil kira kerna di balik kekurangan ini, kumpulan ini jugalah yang mampu untuk menjadi penduduk tegar di Shoubra biar hanya untuk tempoh yang singkat, baca: tiga tahun.


Maka, akar tradisi yang menjadi satu standard umum yang dipegang oleh komuniti Melayu untuk mencirikan kota ini adalah SHOUBRA. Kata nama ini juga bukan hanya menjadi satu standard umum malahan turut digunakan dalam urusan segala urusan rasmi yang melibatkan masyarakat pelajar di sini.




Pemilihan tiap aksara yang membentuk kalimah punya bebanan ma'na yang ditangung yang akan membentuk faham terhadap maksud yang dicita. Dalam bahasa ibunda, setiap aksara pada sesuatu kalimah punya fungsi kuat samada menambahi, mengurangi atau mengimbangi ma'na yang digalas.

Imbuhan -kan,meng-,pen-, dan selainnya membawa fungsi ini; menambahi, mengurangi atau mengimbangi pada kalimah yang disandarkan padanya.



Begitu tiap huruf yang dipadan antara satu sama lain untuk membentuk kata Shoubra juga diasaskan atas faham ini. Mungkin tiada satu penjalasan khusus untuk dikemukakan mengapa huruf tertentu atau susunan begitu dipilih untuk membentuk nama Shoubra, namun sebagai sebuah kota Arab untuk dimelayukan dan dijalinkangabungkan citranya secara sempurna, wujud juga cacat celanya.


Menjadi sesuatu identiti kepada mana-mana bahasa yang baik, sifatnya terus berkembang selari peredaran masa dan perkembangan semasa. Jika sesuatu bahasa terus degil dan tidak mahu tunduk kepada kehendak semasa, maka hitunglah hari-hari akhirnya.

Friday, January 15, 2010

KUNCI itu SIMBOLIK

Di Shoubra, di balik kekaburan pengharmonian budaya, punya satu lokasi yang berjaya keluar dari tanggap ini. Lokasi ini dan para penghuninya berjaya untuk melihat budaya Arab dan Melayu punya sebab utuh dan kukuh untuk dimurnikan bukan dinafikan.

Lokasinya pada sebuah kedai kunci. Diasaskan pada 1936, kedai ini nyata matang seiring usianya. Bayangkan sehingga kini, belum pernah sesiapa warga komuniti membayar hatta segenih (seringgit) kepada kedai ini untuk tiap kunci yang dibuatnya.

Kedai ini berjaya untuk untuk menanggapi komuniti Melayu Shoubra sebaiknya. Mampu untuk memakai faham bahawa komuniti seluruhnya terdiri dari masyarakat mahasiswa:pelajar. Dalam Al-Quran tema ibn sabil dirujuk pada golongan ini, sebagai satu kumpulan tuju yang harus dialirkan barang sedikit dari gumpalan harta.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) - Al-Baqarah:215

Menjadi harapan saya dan seluruh lapis komuniti, jika warga pribumi mampu menghayati dan menggalas faham ini. Bayangkan proses pemurnian yang akan berlaku.

Simboliknya, tika kita teraba-raba mencari kunci pengharmonian budaya, kedai ini tampil menawarkan kuncinya bagi membuka pintunya harmoninya.